Follow Me Okay :)

Friday, July 16, 2010

Perempuan Calun Neraka

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat
kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana
jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak
bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas
langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku
melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia
tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia
suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka
Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira
dan akan mengikat di belakang lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang
perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah
melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal
kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa da n siang hari dan
mengerjakan solat pada malam hari."

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana
dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah
tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi
membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias
untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban
orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan
gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di
kalangan orang ramai, dan mermaksud supaya orang melihat akan tertarik
kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai
kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking
adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil
wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula
seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka
berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu
ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta
keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit
pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat
oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan
Mikraj.

No comments: