Follow Me Okay :)

Saturday, July 31, 2010

Kita Berada di hujung Syaaban dan Ramadhan akan tiba 5 hari lagi.....



Sedar x sedar kita dah pun berada ni hujung Syaaban......tinggal 10 hari lagi untuk kita menyambut kedatangan ramadhan....dengan ini ummu ash ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan...

Friday, July 30, 2010

Kuliah Jemputan Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Taman Subang Perdana Pada 7 ogos 2010

Disini ada Info Buat Peminat Utsaz Azhar Idrus kuliah jemputan Ustaz Azhar Idrus akan diadakan di Masjid Taman Subang Perdana Pada 7 ogos 2010....siapa yg berkelapangan bolehlah jemput hadir meramaikan lagi majlis agama kite sesama islam.....


Wednesday, July 28, 2010

Jihad Di Jalan ALLAH S.W.T Part 1....

JIHAD DI JALAN ALLAH
Syed Qutub
Maalim Fit Tariq

AI-Imam Ibnul Qayyim telah membuat huraian ringkas mengenai masalah jihad di dalam Islam melalui sebuah bukunya yang berjudul Zaadul-Maad dalam fasal yang bernama "Susunan Petunjuk Rasulullah mengenai Orang Kafir dan Munafiq Sejak Mula Nabi Dibangkitkan Sehingga Beliau Wafat."

Huraian itu adalah seperti ini:

"Wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah saw ialah wahyu yang menyuruhnya membaca dengan nama Tuhannya

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, “Al ‘Alaq: 1

Wahyu inilah yang menandakan permulaan kenabian beliau. Dalam peringkat ini beliau disuruh membaca untuk diri beliau sendiri dan belum disuruh menyampaikannya kepada orang lain.

Kemudian turun pula ayat

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) “, Al Muzzammil: 1-2

Allah SWT mengangkat beliau menjadi Nabi melalui surah

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, “Al ‘Alaq: 1

dan mengangkat beliau menjadi rasul (utusan)-Nya melalui ayat

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) “ Al Muzzammil: 1-2

Beliau kemudiannya disuruh menyampaikan berita ancaman kepada kaum keluarganya yang terdekat, diikuti pula dengan penyampaian seruan yang beliau lakukan kepada seluruh kaumnya, kemudian kepada orang-orang Arab di sekelilingnya terus pula kepada seluruh bangsa Arab dan umat manusia.

Beliau tinggal lebih sepuluh tahun sesudah kenabiannya menyampaikan dakwah tanpa kekerasan dan peperangan, juga tanpa pungutan jizyah. Beliau telah disuruh berlembut dan serta tahan menderita. Sesudah itulah baru beliau diizinkan berhijrah ke Madinah dan dibenarkan berperang. Lalu beliau disuruh memerangi orang yang memeranginya dan jangan mengganggu orang yang tidak mengganggu dan tidak memusuhinya.

Sesudah itu pula diperintah memerangi orang musyrikin sehingga agama itu menjadi kepunyaan Allah SWT.


Selepas lahir dan keluarnya perintah jihad ini, orang kafir terbahagi kepada tiga golongan dan kategori:

1. Golongan yang berdamai dan tidak memusuhi Islam.
2. Golongan yang memusuhi dan memerangi Islam.
3. Golongan dzimmi, iaitu golongan yang menyatakan kepatuhannya kepada negara Islam dan mendapat jaminan hidup aman di bawah pemerintahan Islam.


Terhadap golongan pertama iaitu golongan yang berdamai tidak memusuhi Islam, beliau disuruh menunaikan hak mereka, dan diperintah supaya setia memegang janji, sekiranya ada sebarang perjanjian dengan mereka, selama mereka tidak melanggar janji itu. Seandainya dibimbangkan mereka berlaku curang dan khianat maka bolehlah dimansukhkan perjanjian itu dan dilihat dulu sikap mereka dan jangan memerangi mereka sehingga diberitahu bahawa mereka telah bersikap khianat dan melanggar janji, kemudian baru diisytiharkan perang ke atas mereka.

Manakala Surah Baraah (dikenal juga dengan nama Surah At Taubah), maka pada keseluruhannya Surah itu merupakan panduan yang lengkap dalam hal perjanjian damai dan perang.

Beliau telah diperintah memerangi musuhnya dari golongan ahli-kitab sehingga mereka membayar jizyah atau mereka masuk Islam. Beliau disuruh juga memerangi orang kafir yang lain dari ahli-kitab dan kaum munafik dan bersikap keras terhadap mereka.

Lalu beliau pun memerangi orang-orang kafir dengan menggunakan senjata dan menghadapi orang-orang munafiq dengan menggunakan hujjah dan alasan dalam perdebatan.

Beliau juga telah diperintah melepaskan diri dari terikat dengan janji setia terhadap orang-orang kafir dan memansukhkan sebarang perjanjian setia seperti itu.

Di samping itu pula orang-orang kafir yang mengikat perjanjian itu terbahagi kepada tiga golongan:

1: Golongan yang diperintah supaya dimusuhi dan diperangi, iaitu golongan yang sengaja melanggar janji itu. Beliau pun terus memerangi mereka sehingga beliau beroleh kemenangan.

2) Golongan orang kafir yang mengikat perjanjian dengan beliau untuk suatu tempoh tertentu dan mereka tidak melanggar janji itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan tidak menonjolkan sikap permusuhan terhadap beliau. Untuk golongan ini beliau diperintahkan supaya memegang janji itu sehingga habis tempohnya.

3) Golongan yang tidak mengikat sebarang perjanjian dengan beliau dan tidak pula memusuhi beliau. Kepada golongan ini beliau disuruh memberi tempoh sehingga empat bulan, selesai ternpoh empat bulan itu baru beliau memerangi mereka, siapa yang melanggar janjinya akan di perangi dan sesiapa yang hanya mempunyai perjanjian umum sahaja maka bakal diberikan tempoh empat bulan.


Beliau juga diperintah menunaikan, janji kepada golongan yang setia memegang janjinya sehingga selesai tempoh janji itu, lalu mereka semua pun menganut Islam. Setelah selesai masa yang dijanjikan, beliau pun membuat ketetapan bahawa orang-orang yang tidak mahu menganut Islam tapi mahukan perlindungan (dzimmah) supaya membayar jizyah.

Dengan demikian maka selepas turunnya Surah Baraah, orang kafir terbahagi kepada tiga golongan dan kategori:

1) Golongan yang memusuhi beliau (Rasulullah saw)
2) Golongan yang terikat dengan janji
3) Golongan yang memohon perlindungan (dzimmah)

Lalu sebahagian besar golongan yang berdamai dan terikat dalam perjanjian dengan beliau dan golongan yang rnemohon perlindungan itu menganut agama Islam, hingga kemudiannya orang-orang kafir itu terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu golongan musuh dan golongan yang mohon perlindungan (dzimmi), sedangkan golongan yang bermusuh dengannya senantiasa takut kepadanya.

Jadi penduduk dunia di zaman beliau saw ada tiga golongan sahaja, iaitu:

1) Golongan umat Islam yang percaya kepada ajaran-ajarannya.
2) Golongan kafir yang berdamai dengannya dan memohon perlindungannya. .
3) Golongan kafir yang memusuhinya tapi sentiasa takutkan kekuatannya.

Adapun mengenai sikap dan tindakannya terhadap orang munafiq, maka beliau telah diperintah menerima sahaja sikap lahir mereka dan menyerahkan hakikat rahsia hati mereka kepada Allah, juga supaya menghadapi mereka dengan menggunakan hujjah dan alasan serta kebijaksanaan, seperti mana beliau telah diperintah supaya bersikap keras dan tegas terhadap mereka di mana perlu.

Beliau juga telah diarahkan supaya menjawab dan menangkis kata-kata kesat dan sindiran mereka dengan kata-kata yang setimpal. Malah Allah SWT pernah melarang beliau menyembahyangi dan mendoakan jenazah mereka serta menziarah kuburan mereka malah Allah SWT memberitahu beliau bahawa seandainya beliau (Rasulullah saw) sendiri yang memohon supaya Allah mengampunkan orang-orang munafiq itu, mereka tidak akan diampun. Inilah sikapnya terhadap musuh-musuhnya dari kalangan orang kafir dan munafiq.

Dari keterangan ringkas yang sangat jelas dan tepat mengenai peringkat-peringkat perjuangan (jihad) di dalam Islam itu maka terang dan nyatalah sudah ciri-ciri asli dalam jalannya gerakan agama ini, yang perlu diperhatikan.

Di samping itu kita juga dapat memberi penjelasan dan membuat huraian secara ringkas pula:

Ciri Pertama:
Fakta-fakta yang benar-benar berlaku di dalam gerakan agama ini; gerakan menghadapi realiti hidup manusia, menghadapinya dengan cara yang sesuai dan selaras dengan wujudnya di dalam kenyataan.

la hadapi jahiliyah dalam segi iktikad dan konsep, dan dengan demikian maka gerakan Islam itu menghadapi realiti dengan membawa perkara-perkara yang selaras dengan realiti itu sendiri. la menghadapinya dengan dakwah dan seruan, dengan keterangan dan penjelasan untuk memperbetulkan iktikad dan kepercayaan, ia hadapinya dengan kekuatan dan perjuangan untuk menghapuskan sistem dan kekuasaan yang sedang berkuasa dan merintangi jalannya, yang menghalangnya dari menyampaikan kebenaran kepada umat manusia, yang menekan mereka dengan kekerasan dan paksaan serta penyesatan supaya mereka mengabdikan diri kepada Tuhan yang lain daripada Tuhan mereka yang sebenar.

Gerakan yang tidak cukup dengan keterangan dan penjelasan sahaja dalam menghadapi kekuasaan yang berbentuk benda, seperti juga ia tidak menggunakan kekerasan dan kekuasaan benda dalam menghadapi hati nurani umat manusia dan penjelasan sahaja dalam menghadapi kekuasaan yang berbentuk benda, seperti juga ia tidak menggunakan kekerasan dan kekuasaan benda dalam menghadapi hati nurani umat manusia dan ini semua adalah sama dalam jalan gerakan agama ini untuk mengajak manusia supaya jangan mengabdikan diri kepada sesama manusia dan kembali mengabdikan diri kepada Allah sahaja sebagaimana keterangan yang akan disebutkan nanti.

Ciri Kedua.
Ciri yang kedua dari program agama ini ialah realiti dari sebuah organisasi kerana agama ini adalah merupakan satu gerakan yang punya banyak tahap dan peringkat.

Setiap tahap dan peringkat itu mempunyai jalan dan cara yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya yang sebenar, dan setiap peringkat itu pula adalah berhubung rapat dengan peringkat-peringkat berikutnya.

Agama ini tidak cukup menghadapi realiti itu dengan teori sahaja, seperti juga ia tidak menerima peringkat-peringkat realiti itu dengan cara beku dan kaku. Orang-orang yang membawa, ayat-ayat AI-Quran sebagai dalil mengenai program agama ini di dalam masalah jihad, tanpa mengambil kira akan ciri ini, dan tanpa memberikan perhatian berat kepadanya di dalam tahap-tahap dan peringkat yang dilaIui oleh program itu, serta jalinan hubungan ayat-ayat AI-Quran itu dengan setiap tahap dan peringkat perjuangan orang-orang yang berbuat demikian adalah orang-orang yang mencampur aduk dan memesongkan hakikat agama ini ke arah jalan yang menyesatkan.

Mereka membawa ayat-ayat AI-Quran itu ke arah dasar dan kaedah yang bertentangan dengannya. Mereka beranggapan bahawa setiap patah ayat AI-Quran itu adalah merupakan nas terakhir dan malah merupakan kaedah asasi yang terakhir. Lalu mereka katakan'- sedang mereka adalah orang-orang yang bengkrap jiwa dan fikiran di bawah tekanan dan pengaruh realiti, mereka adalah orang-orang yang lumpuh dan putus asa melihat kelemahan dan kerendahan hidup sebahagian orang-orang Islam yang masih tinggal nama sahaja lagi.

Mereka beranggapan bahawa Islam itu berjuang dan berjihad semata-mata hanya untuk mempertahankan diri sahaja! Mereka menyangka bahawa mereka berbuat bakti kepada agama ini dengan menariknya keluar dari program asalnya iaitu menghapuskan taghut dari bumi Allah ini dan menyuruh manusia mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, menarik umat manusia daripada menyembah dan memuja sesama umat manusia kepada menyembah dan memuja Allah, bukan dengan cara memaksa mereka menganut agama ini, dengan cara memberi peluang kepada mereka mengkaji hakikat akidah agama ini, sesudah sistem politik jahiliyah yang sedang berkuasa itu dihancurkan, atau setelah sistem pemerintahan jahiliyah itu dikalahkan dan menyerah diri kepada akidah ini, dan memberikan kebebasan kepada seluruh umat-manusia untuk menganut atau tidak menganut akidah ini berdasarkan kebebasan dan kemerdekaan yang sebenarnya.

Ciri yang ketiga
ialah bahawa walaupun bentuk gerakan sentiasa berubah dan cara selalu bertukar ganti, tapi tidak boleh menyebabkan agama ini menyeleweng daripada kaedah dan matlamat yang telah ditetapkan. Agama ini - sejak hari-hari pertamanya lagi - sama ada ketiga ia mengarahkan percakapannya kepada keluarga Nabi yang terdekat, atau kepada kaum Quraisy dan seluruh umat manusia di dunia ini, sesungguhnya ia memperkatakan tentang satu kaedah sahaja dan meminta mereka bertumpu kepada satu matlamat sahaja, iaitu memurni dan mengikhlaskan pengabdian mereka kepada Allah sahaja dan keluar sama sekali dari setiap bentuk pengabdian kepada sesama umat manusia, tiada bersikap tolak ansur dan dolak dalik sama sekali. Setelah itu dia hendaklah terus bergerak dan bertindak melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan, melalui tahap dan peringkat tertentu, dengan caranya sendiri, seperti telah kita huraikan di atas.


Ciri yang keempat

ialah ketetapan syariat mengenai perhubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat-masyarakat lain, mengikut cara dan dasar dari ringkasan yang telah kita petik dari buku ZAADUL MA'AD dan berjalannya ketetapan itu di atas landasan bahawa penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah itulah paksi berbentuk universal yang seluruh umat manusia mesti berteduh di bawah lindungannya dan janganlah ada sebarang sekatan yang berupa sistem politik dan pemerintahan atau kekuatan mata benda atau suasana yang menghalang terlaksananya penyerahan diri kepada Allah itu dan hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya kepada setiap individu untuk memilih sendiri, sama ada dia mahu atau tidak, tanpa sebarang sekatan dan paksaan. Seandainya ada pihak mana sahaja yang menyekat dan memaksa, maka berkewajipanlah Islam memeranginya hingga ia tewas dan menyerah diri.

Orang-orang yang bengkrap jiwa dan fikiran, yang menulis mengenai masalah JIHAD DALAM ISLAM dengan maksud mempertahankan Islam dari serangan orang; lantas mereka mencampur-adukkan program dan dasar agama Islam mengenai "tiada paksaan dalam beragama" (la iqraha fid deen), dengan dasarnya untuk menghancurkan kekuatan dan kekuasaan politik yang berbentuk benda yang boleh menghalang dan menyekat umat manusia dari menganut Islam, kekuatan dan kekuasaan yang telah menjadi punca umat manusia saling mengabdikan diri kepada sesama umat manusia dan menyekat mereka dari mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, sedangkan keduanya (iaitu program Islam mengenai tiada paksaan dalam beragama dan programnya untuk menghapus segala kuasa yang menyekatnya) adalah merupakan masalah yang berasingan dan tidak boleh dicampur-adukkan.

Oleh kerana campur-aduk dan fikiran seperti itulah juga mereka telah cuba membataskan jihad Islam itu ke dalam lingkungan yang sangat sempit dengan diberi nama "Jihad yang berbentuk mempertahankan diri" sedangkan jihad dan perjuangan Islam itu adalah suatu masalah lain yang tiada sangkut pautnya dengan peperangan umat manusia zaman kini seperti yang dikenal sekarang.

Sesungguhnya sayugia sangat diberikan perhatian tentang sebab musabab jihad Islam diikuti dari ciri perkataan "Islam" yang bererti "penyerahan diri" itu sendiri dan juga dari peranannya dalam dunia ini, dari tujuan dan matlamat tertingginya yang telah ditetapkan oleh Allah yang telah rnenyebutkan bahawa untuk mencapai matlamat itulah maka Rasulullah SAW telah diutus membawa pengajaran dan risalahnya dan dijadikan beliau sebagai penutup segala nabi

Islam adalah merupakan suatu pengistiharan umum untuk membebaskan umat manusia di bumi ini daripada menjadi mangsa pengabdian oleh manusia atas sesama manusia, daripada menjadi mangsa pengabdian kepada hawa nafsu serakahnya, hawa nafsu yang pada hakikatnya adalah sama-sama menjadi hamba Allah.

Pengistiharan itu berbentuk pengakuan ketuhanan Allah Yang Maha Esa.

Pengistiharan ketuhanan Allah itu bererti suatu revolusi sepenuhnya terhadap kekuasaan sesama umat manusia dalam segenap bentuk dan rupa serta dalam apa jua pun bentuk pemerintahan umat manusia di atas muka bumi ini, di mana sahaja umat manusia itu menjalankan pemerintahan berpandu kepada undang-undang bikinan mereka sendiri; atau dengan perkataan lain: KETUHANAN manusia dalam apa jua bentuk pun.

Pemerintahan yang menjadikan manusia-manusia sebagai sumber kuasa dan undang-undangnya dalam mana suatu golongan manusia dianggap sebagai pihak yang berkuasa dan menjadi TUHAN yang berhak menentukan nasib golongan yang lain.

Sesungguhnya pengistiharan itu bererti mengambil balik kekuasaan Allah yang telah dirampas dan diragut itu untuk dikembalikan kepada Allah, juga bererti menghalau dan menghapuskan para perompak yang masih memperkosa kekuasaan Allah itu, yang memerintah umat manusia berdasarkan undang-undang yang mereka buat sendiri. Mereka itu - dengan perbuatan seperti itu - telah meletakkan diri mereka sendiri setaraf dengan Allah dan rakyat yang mereka perintah pula adalah setaraf dengan hamba abdi.

Pengistiharan itu juga bererti menghancurkan pemerintahan manusia untuk digantikan oleh pemerintahan Allah di bumi-Nya, seperti yang digambarkan oleh AI-Quran:

"Dan Dialah (Allah) itu Tuhan yang berkuasa memerintah di langit dan berkuasa juga memerintah di bumi.” Az Zukhruf: 84

dan Firman Nya lagi

"Kekuasaan dan pemerintahan itu adalah kepunyaan Allah. Dia (Allah) perintahkan kamu sekalian jangan mengabdikan din kepada yang lain daripada-Nya (Allah). Itulah agama yang lurus. “Yusuf: 40

dan Firman Nya lagi

"Katakanlah (ajarkanlah) wahai Muhammad, wahai ahli kitab, marilah kita (pegang) satu sahaja (dasar) antara kami dan kamu: (laitu) dasar bahawa kita tidak (akan) menyembah (mengabdikan diri) kepada Tuhan yang lain daripada Allah, dan kita tidak akan sekutukan sesuatu apa pun dengan-Nya (Allah) dan tidak pula setengah kita (orang awam atau rakyat jelata) menganggap setengah yang lain sebagai Tuhan, selain daripada Allah. Dan seandainya mereka (masih) berdegil dan berkeras juga, maka katakanlah kepada mereka: Persaksikanlah bahawa kami semuanya adalah orang Islam (yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah). Ali Imraan: 64

Pemerintahan Allah di bumi-Nya ini tidak mungkin tegak terlaksana dengan cara bahawa pemerintahan itu dikendalikan oleh orang atau golongan tertentu, seumpama para padri dan pendeta dan orang-orang yang menamakan dirinya tokoh-tokoh atau orang-orang agama, seperti yang telah berlaku dalam sistem pemerintahan gereja di Eropah zaman pertengahan; tidak pula dalam bentuk orang atau golongan tertentu bercakap sebagai wakil Tuhan, seperti yang berlaku di dalam sistem pemerintahan THEOCRACY atau "Kerajaan Suci" bukan itu bentuknya tapi ialah dengan melaksanakan syariat Ilahi dan semua urusan hidup dijalankan berpandu kepada ajaran Allah.

Menegakkan Kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariat dan undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Allah dari tangan manusia durjana yang merampas hak-hak Allah, memansukhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berhasil hanya dengan berdakwah sahaja, bertabligh dengan berpidato sahaja.

Orang-orang yang ketagih menekan leher sesama manusia, ketagih merampas kuasa Allah, tidak akan menyerahkan kuasa mereka hanya dengan dakwah, tabligh dan penerangan sahaja. Sebab kalau dakwah tabligh dan penerangan sahaja sudah cukup, maka alangkah ringan dan mudahnya tugas itu dan alangkah mudahnya kerja para Rasul menegakkan agama Allah di muka bumi ini sejak zaman berzaman.

Pengistiharan umum untuk membebaskan umat manusia daripada menjadi mangsa pengabdian oleh sesama manusia dan menegakkan kekuasaan Allah sahaja, bukanlah merupakan suatu pengistiharan yang berpandukan teori falsafah yang negatif. la merupakan pengistiharan yang berpijak di bumi nyata dan disertai dengan gerakan yang positif, disertai oleh pelaksanaan yang praktikal dalam bentuk suatu sistem pemerintahan yang berpandukan syariat Allah, menghapuskan pengabdian oleh manusia atas sesama manusia, dan umat manusia mengabdikan diri dan bertuhan hanya kepada Allah sahaja tanpa sebarang sekutu bagi-Nya. Dengan demikian maka hendaklah usaha berdakwah dan memberikan penerangan itu berjalan serentak, dan seimbang dengan gerakan melaksanakan tujuan pengistiharan itu.

Oleh kerana ia suatu pengistiharan umum bagi kemerdekaan dan kebebasan seluruh UMAT MANUSIA di seluruh MUKA BUMI, kemerdekaan dan kebebasan dari sebarang kekuasaan yang lain dari kekuasaan Allah, maka agama Islam, di sepanjang zaman gerakannya, terpaksa berhadapan dengan beraneka ragam rintangan dan halangan, baik yang bentuk akidah dan konsep hidup, mahu pun yang bercorak benda dan realiti, termasuk sistem politik, corak pemerintahan, sosial, ekonomi, pertentangan kelas dan berbagai bentuk ajaran karut.

Kalaulah penerangan (dakwah) terpaksa menghadapi masalah iktikad dan konsep hidup, maka gerakan terpaksa pula menghadapi beraneka halangan berbentuk benda, bermula dari kekuasaan politik (status quo dan vested interest), yang menguasai bidang kepercayaan di samping melindungi faham perkauman, realiti hidup dan organisasi sosial dan ekonomi yang berliku-liku.

Kedua-duanya (penerangan (dakwah) dan gerakan) terpaksa menghadapi realiti KEMANUSIAAN seluruhnya dengan cara yang sesuai dengan peranan dan keadaan masing-masing. Kedua-duanya adalah syarat mutlak untuk memulakan gerakan membebaskan umat manusia di bumi ini, seluruh UMAT MANUSIA dan di seluruh MUKA BUMI. Syarat mutlak yang mesti dilaksanakan!

Sesungguhnya agama Islam bukanlah hanya sekadar suatu pengistiharan kebebasan dan kemerdekaan manusia dan bumi Arab sahaja! Perutusan dan messagenya bukanlah khas untuk orang-orang Arab sahaja, sebab dasar dan tajuk percakapannya ialah "manusia" setiap jenis manusia dan lapangannya ialah "bumi," setiap keping bumi, sebab Allah bukanlah Tuhan bagi prang-orang Arab sahaja dan bukan juga Tuhan untuk penganut-penganut Islam sahaja bahkan Dia adalah Tuhan SERU SEKALIAN ALAM dan agama itu adalah bertujuan mengembalikan "alam" ini seluruhnya ke pangkuan TUHAN-nya, mencegah mereka- daripada menyembah dan mengabdikan diri (beribadat) terhadap yang lain daripada-Nya, sebab penghambaan yang paling besar, dalam pandangan Islam, ialah sifat patuh dan tunduk manusia kepada undang-undang yang dibikin oleh manusia sendiri untuk diterima dan dipatuhi oleh sesama umat manusia.

Inilah dia inti pengertian "ibadat". Yang mereka berikrar bahawa "ibadat" itu hanya untuk Allah sahaja, kepada Allah sahaja, di hadapan Allah sahaja, dan sesiapa sahaja yang melakukan ibadat, menumpukan pengabdian dan kepatuhan kepada yang lain dari Allah, maka bererti dia telah keluar dari agama Allah, walaupun dia mengaku, mendakwa dan menepuk dada bahawa dia adalah seorang Islam.

Rasulullah SAW telah rnembuat penegasan bahawa "kepatuhan" dalam peraturan hidup, undang-undang dan dasar pemerintahan itu adalah merupakan sejenis "ibadat" yang menyebabkan orang-orang Kristian (Nasrani) dipandang sebagai orang musyrikin yang menentang dan mengingkari perintah Allah supaya "ibadat" itu ditumpukan kepada Allah sahaja.

Imam Attirmidzi telah meriwayatkan, dengan sanadnya, mengenai cerita Adi bin Hatim r.a. bahawa setelah sampai kepadanya dakwah Rasulullah saw, beliau tidak mahu memeluk Islam dan terus melarikan diri ke Syam, kerana beliau telah menganut agama Kristian sejak zaman jahiliyah. Seorang saudara perempuannya (barangkali kakaknya) dengan disertai oleh beberapa orang terkemuka kaumnya telah jatuh menjadi orang tawanan tentera Islam; tetapi Rasulullah merasa kasihan kepada saudara perempuannya itu lalu beliau membebaskannya. Setelah dibebaskan, saudara perempuan Adi bin Hatim pulang menemui beliau (Adi) lalu diajaknya beliau menganut Islam dan datang mengadap Rasulullah saw di Madinah. Ketibaan mereka berdua beradik itu rupanya menjadi buah mulut penduduk Madinah, kerana beliau (Adi) masuk menghadap Rasulullah dengan keadaan rnemakai sebatang salib (cross) perak di lehernya.

Kebetulan pada ketika itu Rasulullah saw sedang menyampaikan firman Allah:

“Orang-orang Yahudi dan Kristian telah memandang padri-padri, rahib-rahib pendeta dan ketua agama merekaj sebagai Tuhan selain dari Allah“.

Mendengar bacaan ayat ini Adi pun terus menjawab: "tidak, mereka itu (Yahudi dan Kristian) tidak menyembah dan melakukan ibadat terhadap para padri dan rahib itu," lalu Rasulullah saw pun menjawab dengan tegasnya:

“bahkan! “

ketegasan ini sangat benar, kerana pada padri dan rahib itu telah mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah, mereka menghalalkan perkara-perkara yang Allah, haramkan, lalu mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian itu) terima dan patuh sahaja menerima keputusan yang dibuat oleh para padri dan rahib itu. Itulah erti dan maksud ibadat mereka terhadap padri dan rahib itu.

Tafsiran Rasulullah saw atas firman Allah ini adalah merupakan nas dan sandaran hukum yang pemutus, yang memberi kesimpulan bahawa sikap tunduk, patuh dan menerima sahaja dalam masalah perundangan dan pemerintahan adalah juga bererti pengabdian yang boleh menyebabkan individu dan golongan yang berkenaan itu terkeluar dari agama Islam dan juga boleh membawa erti bahawa sikap seperti itu adalah satu bentuk pendewaan dan pemujaan, malah menpertuhankan sesama manusia sendiri, iaitu suatu masalah yang hendak dikikis habis oleh Islam dan malah kehadiran Islam pun adalah bertujuan untuk mengistiharkan kebebasan MANUSIA di muka BUMI daripada mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah.

Dengan demikian maka Islam mesti bergerak di bumi ini untuk menghapuskan realiti yang bertentangan dengan pengistiharan umum itu, menyampaikan penerangan (dakwah) dan menjalankan gerakan sekali gus; juga hendaklah ia (Islam) itu memberikan pukulan balas terhadap segala macam hantaman dan pukulan pihak penguasa politik yang memaksa umat manusia mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, iaitu yang memerintah mereka dengan memakai undang-undang dan syariat yang lain daripada undang-undang dan syariat Allah, dan menyekat umat manusia mendengar penerangan (dakwah) dan menganut akidah dengan aman dan bebas, tanpa dihalangi oleh sebarang kekuasaan yang lain, supaya ia menegakkan suatu sistem sosial, ekonomi dan politik yang membolehkan gerakan pembebasan itu berjalan lancar dan teratur, setelah hapus kekuasaan yang menghalangnya, sama ada kekuasaan itu berbentuk kekuasaan politik sahaja atau disertai dengan dasar-dasar perkauman, pertentangan kelas atau lain-lain unsur lagi.

Islam tidak sama sekali bermaksud memaksa umat manusia menganut akidah atau kepercayaannya tapi perlulah diingat bahawa Islam itu bukanlah hanya suatu akidah sahaja kerana seperti telah kita utarakan tadi Islam juga suatu pengistiharan umum bagi pembebasan umat manusia daripada mengabdikan diri kepada sesama umat manusia. Islam juga mernpunyai suatu tujuan pokok untuk menghapus dan mengikis sistem dan pemerintahan yang berdasarkan penindasan dan pengabdian oleh umat manusia atas sesama umat manusia.

Kemudian, setelah setiap individu diberi kebebasan yang sejati untuk memilih sendiri akidah dan pegangan hidup masing-masing, berdasarkan kehendak dan pilihan sendiri dalam keadaan beroleh kebebasan sepenuhnya, setelah tiada lagi tekanan politik dan ancaman pihak berkuasa ke atas mereka, setelah roh dan jiwa mereka mendapat sinar penerangan yang secukupnya mengenai Islam dan lain-lain agama dan pegangan hidup. Kebebasan itu tidak pula bererti bahawa mereka bebas untuk bertuhankan hawa nafsu dan mereka merelakan diri untuk mengabdikan diri kepada sesama umat manusia, atau untuk menjadikan sesama umat manusia sebagai Tuhan yang dipatuhi segala suruhan dan larangannya, atau juga untuk mengabdikan diri kepada Tuhan yang lain daripada Allah sahaja.

Sesungguhnya sistem yang memerintah urnat manusia di muka bumi ini hendaklah berdasarkan pengabdian diri umat manusia kepada Allah SWT sahaja, iaitu dengan cara menerima undang-undang dan syariat Allah sahaja, dalam mana setiap individu mesti menerima arahan dan perintah Allah sahaja. Sesudah itu bolehlah setiap individu menganut apa tua akidah yang mereka suka. Dengan demikian barulah agama itu menjadi kepunyaan Allah sahaja, sebab perkataan agama "addin" itu sendiri sebenarnya mengandungi pengertian yang lebih luas daripada perkataan akidah, sebab agama" (addin) itu ialah bererti peraturan dan undang-undang yang menguasai sendi-sendi kehidupan dan ia mesti berdasarkan akidah. Di dalam Islam perkataan "addin" mencakup pengertian yang lebih luas daripada "akidah" sebab di dalam Islam sebuah organisasi atau masyarakat majmuk boleh tunduk kepada program dan panduan umum Islam yang berasaskan pengabdian diri kepada Allah sahaja, walaupun ada unit-unit tertentu di dalam masyarakat itu yang tidak menganut akidah Islam.

Orang-orang yang mengerti akan tabiat dan resam agama ini (Islam) - rnengikut cara yang telah dihuraikan tadi - akan mengerti dan faham pula tentang betapa penting dan perlunya sebuah organisasi yang aktif dan dinamis yang dibawa oleh Islam dalam bentuk perjuangan dengan menggunakan kekuatan senjata di medan perang, di samping perjuangan di medan penerangan (dakwah). Mereka juga tentu mengerti dan faham bahawa perjuangan Islam itu bukanlah suatu perjuangan untuk mempertahankan diri sahaja, mengikut pengertian yang sempit, seperti yang dimaksudkan oleh orang-orang yang frust berhadapan dengan tekanan yang kononnya "realiti", atau dengan serangan dan kecaman kaum orientalis pandir yang bermaksud hendak menggambarkan bahawa gerakan jihad di dalam Islam itu adalah semata-mata suatu gerakan mempertahankan diri sahaja.

Seandainya gerakan jihad Islam itu terpaksa dinamakan sebagai "gerakan mempertuhankan diri" maka kita perlu mengubah pengertian perkataan "bertahan" atau "pertahanan". Kita mesti menganggapnya sebagai "pertahanan terhadap manusia" itu sendiri, terhadap segala sebab yang menyekat dan menghalang kebebasannya, baik yang berbentuk konsep atau cara berfikir, atau yang berbentuk susunan ekonomi atau pertentangan kelas yang telah bertapak. Islam datang dan terus sahaja wujud dalam beraneka bentuknya di zaman jahiliyah moden ini.

Dengan meluaskan pengertian perkataan "pertahanan" itu kita akan dapat menghadapi hakikat gerakan Islam di BUMI ini dengan cara berjihad dan kita boleh pula mengerti hakikat Islam itu sendiri sebagai suatu pengistiharan umum yang terbuka ke arah pembebasan umat manusia dan mengabdikan diri kepada sesama manusia dan dari mempertuhankan sesama umat manusia, dan mengakui ketuhanan serta kekuasaan Allah sahaja untuk seluruh alam ini, menghancurkan kuasa hawa nafsu manusia di muka bumi ini, dengan diambil alih oleh kuasa di dalam kehidupan umat manusia.

Adapun usaha untuk menyempitkan pengertian jihad Islam dan memanggilnya sebagai gerakan "bertahan" mengikut pengertian zaman moden ini, juga usaha untuk mencari alasan bagi mensabitkan bahawa peristiwa-peristiwa jihad di dalam Islam itu adalah semata-mata untuk menentang ancaman kuasa luar ke atas negeri Islam, yang oleh setengah orang pula dipandang bahawa yang dimaksud dengan negeri Islam itu Semenanjung Arabia sahaja, maka usaha itu adalah merupakan suatu usaha yang berpunca dari kurang pengertian mengenai tabiat agama ini dan tabiat peranannya dalam seluruh masalah di muka bumi ini, seperti juga usaha itu menekan sikap menyerah kalah berhadapan dengan realiti zaman moden dan kecaman pada orientalis mengertikan pengertian jihad Islam itu.

Cubalah anda lihat dan fikir, seandainya Abu Bakar, Umar dan Osman r.a. merasa bahawa -Semenanjung Arabia itu selamat dari ancaman permusuhan dari kerajaan Romawi dan Parsi, adakah mereka tinggal membungkam sahaja tanpa menjalankan gerakan melebarkan pengaruh agama ini ke seluruh pelosok dunia? Lihatlah lagi bagaimana mereka telah menyebarkan agama ini, sedangkan halangan dan rintangan begitu hebat menyekat mereka, baik yang berbentuk sistem pemerintahan, sosial dan ekonomi, dengan dilindungi dan dikawal oleh negara-negara raksasa itu.

Adalah suatu kebodohan bahawa seseorang itu memikirkan bahawa penerangan dan dakwah yang mengistiharkan kebebasan manusia, semua manusia di muka "bumi" dan negeri di dunia ini, kemudian dakwah itu berdiri tegak di hadapan rintangan dan halangan dengan hanya bersenjatakan lidah dan pena sahaja!

Sesungguhnya dakwah ini boleh berjuang melalui penerangan secara lisan dan pena sahaja ketika ia bebas berbicara dan berdialog dengan setiap orang dalam suasana penuh kebebasan dan kemerdekaan, tanpa dihalang dan disekat oleh sesuatu apa pun ketika itulah baru dianggap berlakunya perintah dan dasar "tiada paksaan dalam beragama

Adapun bila ada halangan berupa benda, maka hendaklah terlebih dahulu halangan itu dihapuskan dengan kekerasan dan paksaan, supaya dakwah boleh mengetuk pintu hati dan fikiran umat rnanusia dengan bebas, tanpa gangguan.

Jihad dan perjuangan adalah syarat utama bagi perjalanan dakwah ini, kerana tujuan dan matlamatnya ialah mengistiharkan kebebasan umum urnat manusia hingga ia mampu menghadapi realiti dari segenap segi. la tidak cukup dengan hanya memberi penerangan dan penjelasan bercorak falsafah sahaja, sama ada tanah air Islam, atau mengikut istilah Islam yang sebenarnya "Negara Islam". (Darul-Islam) itu bebas atau terancam oleh kekuatan negara asing.

Pada ketika Islam mencari perdamaian, maka yang dicarinya bukanlah sejenis perdamaian yang rendah mutu dan nilainya, iaitu semata-mata hendak mengamankan secebis tanah, sekangkang kera, yang didiami oleh kaum muslimin; malah yang dikehendakinya ialah perdamaian yang menjamin bahawa kepatuhan umat manusia itu tertumpu sepenuhnya kepada Allah sahaja, dengan pengertian bahawa ketundukan dan kepatuhan urnat manusia itu tertumpu dan tertumpah kepada Allah sahaja, baik soal ibadat maupun urusan hidup di dunia, tiada sedikit jua pun pengabdian oleh manusia terhadap sesama manusia.


Penentuan jaya atau gagalnya jihad Islam itu tidaklah boleh dilihat dari pusingan pertama, pusingan pertengahan atau pusingan akhir sesuatu perjuangan, tetapi hendaklah dilihat daripada sejauh mana kesan jihad itu terhadap kedudukan orang-orang kafir di dalam sesuatu negara itu; sama ada dapat dijadikan seperti kedudukan mereka sebagaimana yang digambarkan oleh Imam Ibnul-Qayyim di dalam kitabnya Zaadul-Maad dengan erti bahawa akhimya manusia itu terbahagi kepada tiga golongan sahaja, iaitu golongan orang Islam, golongan dzimmi dan golongan harbi yang sentiasa bimbang dan takut kepada orang dan pemerintah Islam, maka jihad Islam berjalan di atas landasan yang sebenarnya; tapi sekiranya kedudukan orang-orang kafir terus menerus dengan kufurnya, tanpa bimbang apa-apa, maka nyatalah jihad Islam itu gagal-p).

Inilah dia sikap penuh logik dari agama ini dan matlamatnya, bukan seperti yang difahamkan oleh orang yang keliru dan bengkrap dalam menghadapi realiti zaman sekarang dan dalam menghadapi para orientalis yang penuh putar belit itu.

Sesungguhnya Allah SWT telah menghindarkan orang-orang Mekah dan dizaman permulaan hijrah ke Madinah daripada kewajipan berjihad. Umat Islam diperintah supaya "genggam tangan kamu dan dirikanlah sembahyang'

Setelah itu baru mereka diizinkan berperang, dengan perintah wahyu:

"Diizinkan kepada orang-orang Islam yang dimusuhi itu untuk berperang kerana mereka telah dizalimi orang, dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menolong dan memberi kemenangan kepada mereka. (laitu) orang-orang yang telah dihalau keluar dari negeri dan kampung halaman mereka dengan cara yang tidak benar, melainkan (semata-mata) disebabkan mereka berkata (menegaskan pendirian mereka "Allah Tuhan Kami.”

Dan kalaulah bukan kerana Allah membuat perimbangan di antara manusia nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan gereja, tempat-tempat sembahyang (Yahudi) dan juga masjid-masjid, tempat dimana nama Allah disebut orang di dalamnya; dan Allah pasti akan menolong sesiapa sahaja (individu dan umat) yang menolong menegakkan agamanya, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kuat (Berkuasa) dan Maha Mulia, iaitu orang-orang (individu dan umat Islam) yang bila Kami beri keteguhan kepada mereka (beri kekuasaan dan kedudukan yang baik) nescaya mereka menegakkan sembahyang dan membayar zakat, juga mereka memerintah dengan maaruf (dengan berpandu kepada ajaran Allah dan mereka mencegah kemungkaran (sesuatu yang berlawan dengan perintah Allah) dan kepunyaan Allah jualah kesudahan segala masalah. "Al-Haj: 39-41.

Kemudian rnereka diperintah memerangi orang-orang dan atau golongan yang memerangi mereka terlebih dahulu dan dilarang memerangi orang atau golongan yang tidak mula memerangi rnereka.

Firman Allah:

"Dan hendaklah kamu sekaliannya berperang dijalan Allah (melawan)-golongan dan orang yang memerangi kamu.” AI Baqarah: 190

Kemudian baru mereka diperintah memerangi seluruh orang musyrik, melalui Firman yang bermaksud:

"Maka hendaklah kamu sekalian memerangi kaum musyrikin seluruhnya seperti mereka memerangi kamu seluruhnya. Baraah: 36

Mereka juga telah diberi peringatan:

"Hendaklah kamu sekalian memerangi orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan orang-orang yang tidak mengharamkan apa yang Allah dan Rasul-Nya telah haramkan, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari golongan ahli kitab (Yahudi dan Kristian), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri. " Baraah: 29.

Jadi, berperang itu mengikut pendapat Imam Ibnul-Qayyim pada peringkat pertamanya dilarang, kemudian dibenarkan, kemudian disuruh lakukan ke atas individu dan golongan yang memulakan peperangan itu, kemudian diperintah supaya perang itu dilakukan ke alas seluruh orang musyrikin.

Ketegasan nas-nas AI-Quran yang diturunkan mengenai masalah jihad dan perjuangan, dan ketegasan hadis Nabi yang penuh berisi perangsang untuk berperang dan juga ketegasan peristiwa-peristiwa dan bukti sejarah dari kejadian dan keadaan di zaman kebangkitan Islam dahulu sesungguhnya nas dan bukti yang begitu terang dan nyata itu menyekat otak dan fikiran kita daripada menerima pentafsiran ala orang yang frust dalam menghadapi tekanan realiti zaman kini dan juga dalam menghadapi kecaman para orientalis mengenai pengertian jihad di dalam Islam.

Siapakah gerangan di kalangan orang yang mengenal Allah dan RasulNya dan rnendengar perintah-Nya mengenai hal ini, dan orang yang mengikuti jejak perjuangan Islam, di dalam masalah jihad di dalam Islam yang sampai hati menganggap bahawa perintah jihad di dalam Islam, adalah merupakan perkara sampingan sahaja, yang hanya tertakluk kepada suasana tertentu sahaja untuk sekadar menjaga keselamatan sempadan negeri sahaja?

Sesungguhnya Allah SWT telah menerangkan kepada orang-orang beriman melalui ayat yang julung kali diturunkan untuk memberi lampu hijau bagi melakukan perang, bahawa perkara yang selalu berlaku di dalam resam hidup di dunia ini ialah bahawa Allah sentiasa menjaga perimbangan antara sesama golongan umat manusia itu sendiri supaya terhindarlah kerosakan dan pencabulan di bumi ini, mengikut ayat ..... AI-Haj: 39-40. yang telah dihuraikan tadi maksudnya:

Yang demikian menjadi kelaziman yang terus menerus wujud, bukan suatu kebetulan dan keadaan yang bersifat sementara sahaja. Kebenaran dan kebatilan itu tidak dapat hidup rukun damai bersama-sama dalam bentuk co-existensi di dunia ini. Sesungguhnya bila sahaja Islam mencanangkan supaya ditegakkan kekuasaan Allah di atas muka bumi ini dan dibebaskan urnat manusia itu dari belenggu pengabdian oleh sesama umat manusia, tentunya ia akan dilemparkan dengan berbagai ragam tuduhan oleh orang-orang yang telah merampas dan menyamun kekuasaan Allah dan tentulah ia (Islam) mesti bekerja keras untuk mernbinasakan penyamun yang telah merampas kuasa Allah itu dan membebaskan umat "manusia" daripada dikuasai terus menerus oleh penyamun-penyamun itu; iaitu suatu hal yang tak mengenal kompromi dan damai melainkan apabila sahaja segala kekuasaan ini menjadi kepunyaan Allah SWT sahaja.

Sebenarnya larangan berperang di zaman Mekah itu tidak lain dari suatu peringkat zaman dalam perjuangan yang panjang. Demikian juga halnya dengan larangan berperang di zaman permulaan hijrah. Motif yang mendorong masyarakat Islam di Madinah selepas itu untuk bertindak dengan tujuan untuk mengamankan Madinah sahaja. Memanglah itu menjadi tujuan utama yang tak dapat dihindarkan lagi; tetapi tindakan itu rnempunyai tujuan asas bagi menjamin lancarnya tindakan itu yang akan mengamankan pengkalan pergerakan; pergerakan untuk pembebasan urnat manusia dan menghapuskan "halangan" yang menyekat manusia daripada bergerak bebas dan bertindak mengikut panduan yang telah digaris oleh Islam.

Larangan berperang yang dikenakan ke atas orang-orang Islam di zaman Mekah adalah merupakan suatu perkara yang mudah difaham. Di Mekah terdapat kebebasan berdakwah. Ditambah pula oleh fakta bahawa sebagai pemimpin perjuangan ini Rasulullah saw telah mendapat perlindungan di bawah kawalan senjata Bani Hasyim.

Beliau beroleh perlindungan untuk berdakwah dan mengetuk pintu hati dan fikiran setiap orang, juga untuk menghadapi ancaman daripada orang-orang tertentu; juga kerana di Mekah tiada sebarang kuasa politik yang teratur untuk menyekat beliau dari menjalankan kegiatan dakwah dan menyekat orang dari menadah telinga dan fikiran ke arah dakwah beliau. Dengan demikian tiada sebab, di peringkat ini, untuk menggunakan kekuatan, di samping terdapat juga beberapa faktor lain di peringkat ini.

Saya telah mengupas di dalam buku Tafsir yang diberi nama DI BAWAH BAYANGAN AL-QURAN tentang masalah ini di dalam mentafsirkan ayat dari surah An-Nisa' yang elok juga kiranya disedut sebahagian dari huraian di sini.

"Boleh jadi yang demikian itu kerana peringkat zaman Mekah itu merupakan peringkat zaman pendidikan dan membuat persediaan atau persiapan, di dalam keadaan masyarakat tertentu, untuk golongan kaum tertentu dan di tengah lingkungan keadaan yang tertentu pula. Di antara tujuan utama pendidikan dan persediaan dalam suasana yang sebegini ialah mendidik dan rnelatih jiwa dan semangat orang Arab supaya tabah dan sabar menanggung kesusahan serta tahan menderita, supaya setiap orang itu terlepas dari kongkongan rasa cinta diri, supaya hati mereka tidak lagi terikat dengan kebiasaan mencari sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Untuk mendidik mereka mengawal saraf dan perasaan dari terus mengambil tindakan balas atau sesuatu kejadian, supaya tingkah laku dan tindak tanduknya dibuat dengan penuh teliti dan matang.

Juga untuk mendidiknya hidup dalam masyarakat yang teratur yang tidak akan bertindak kecuali mengikut garis yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya, walaupun garis itu bertentangan dengan kepentingan dirinya, dengan kebiasaan dan adat hidupnya. Ini merupakan batu asas dalam menyebabkan keperibadian masyarakat Islam yang tunduk di bawah satu pimpinan yang tamaddun dan berabad.

"Boleh jadi juga kerana dakwah secara aman damai itu lebih berkesan seperti di dalam masyarakat Quraisy itu, yang terkenal sebagai sebuah masyarakat yang punya kebanggaan sendiri. Dalam peringkat ini, peperangan akan menyebabkan timbulnya kekerasan dan kekacauan seperti yang telah mencetuskan perang DAHIS dan AL GHABRA,' pertempuran AL SABUS, bertahun-tahun lamanya, di mana beberapa suku dan qabilah telah musnah hancur; kekacauan yang masih panas kerana baru sahaja berlaku itu masih besar pengaruhnya di dalam fikiran dan ingatan mereka di zaman permulaan Islam.

Islam sendiri pun mungkin akan menyeleweng daripada suatu bentuk dakwah dan sebuah agama menjadi suatu punca pergaduhan dan perpecahan; sedangkan ia (Islam) itu masih merupakan suatu perkara baru.

Boleh jadi juga yang demikian kerana hendak mengelakkan pertumpahan darah dalam setiap rumahtangga, kerana masih belum wujud lagi suatu kuasa yang teratur dan dipatuhi orang, kuasa yang besar-benar bekerja menyeksa dan menganiaya serta rnenabur fitnah ke atas orang-orang Islam, kerana kerja seperti itu sebenamya adalah kerja-kerja perseorangan, sahaja, pekerjaan individu yang punya ramai hamba sahaya dan pengikut.

Dalam masyarakat seperti ini, peperangan bererti mencetuskan pertumpahan darah dalam setiap rumahtangga, yang menyebabkan orang boleh salah anggap terhadap Islam, lalu mereka katakan: itulah dia Islam!

Memang tuduhan seperti itu telah diluahkan orang walaupun sebenamya Islam telah mencegah dan melarang dilakukan perang dalam suasana seperti itu. Tuduhan seperti itulah yang menjadi modal utama kaum Quraisy dalam gerakan kempen mereka menentang Islam di setiap musim haji. Mereka katakan Muhammad telah memecah-hancurkan kaumnya sendiri. Gambarkanlah sendiri apa yang terjadi seandainya beliau sendiri pula yang menganjurkan peperangan total di kalangan masyarakat kecil seperti itu!


Boleh jadi juga kerana Allah Maha Mengetahui bahawa banyak orang yang degil, keras hati dan suka mengganggu orang Islam generasi pertama, iaitu orang yang mula-mula menganut agama Islam di hari-hari pertama perlantikan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, dengan tujuan memaksa mereka keluar murtad dari agama Islam dan kembali kepada agama syirik.

Gangguan ini dilakukan dengan bermacam cara, dengan ugutan dan seksaan, tapi ternyata kemudiannya, orang-orang itu sendiri pula menjadi tokoh penting dalam perjuangan agama Islam, malah ada pula yang menjadi pemimpin agung agama Islam. Bukankah Sayidina Umar bin AI Khattab salah seorang dari golongan ini?

Mungkin juga perkara ini disebabkan oleh pengaruh sentimen kesukuan Arab dalam sebuah masyarakat yang masih kuat dipengaruhi oleh adat bersuku dan berkabilah. Dalam masyarakat seperti ini perbuatan menolong dan membantu orang teraniaya dan dalam kesusahan, adalah suatu perbuatan yang lumrah; apa lagi kalau penganiayaan itu berlaku ke atas orang yang dihormati dan disegani.

Banyak peristiwa yang mernbuktikan kebenaran pandangan ini. Sebagai contohnya: Ibnud-Daghnah tidak rela membiarkan Sayidina Abu Bakar, seorang hartawan yang disegani, keluar berhijrah ke Madinah dan meninggalkan kota Mekah. Dalam anggapan beliau, berhijrahnya orang seperti Sayidina Abu Bakar adalah bererti aib besar ke atas orang Arab seluruhnya. Oleh kerana itulah beliau telah datang meminta kesudian Sayidina Abu Bakar menjadi jirannya, dengan janji bahawa beliau akan memberikan perlindungan kepadanya.

Di antara peristiwa terakhir yang membenarkan pendapat ini ialah usaha memecahkan kepungan (blokade) ke atas Bani Hasyim dan dikoyaknya surat perisytiharan boikot ke atas Bani Hasyim dari golongan Abu Talib setelah sekian lama mereka menderita lapar dan susah; sedangkan di dalam setengah masyarakat "tamaddun" zaman dahulu yang biasa menentang penindasan, selalu sahaja bersikap masa bodoh sahaja terhadap kesusahan seperti itu. Sikap seperti ini boleh dianggap sebagai suatu sikap yang tercela dan bererti menghormati orang-orang zalim.

Boleh jadi juga kerana sangat kecilnya jumlah orang-orang Islam ketika itu, sebab mereka hidup terkepung dalam kawasan di sekitar Mekah sahaja, kerana dakwah Islamiyah belum sampai lagi ke pelosok lain dan masih belum begitu didengar orang lagi cerita mengenainya. Suku-suku lain tidak mahu carnpur tangan di dalam urusan yang mereka pandang sebagai pertikaian dalam kalangan sama-sama keluarga suku Ouraisy, sehingga pertikaian itu selesai. Seandainya peperangan diizinkan dalam suasana seperti ini, maka ia akan berkesudahan dengan tragedi penyembelihan beramai-ramai ke atas orang-orang Islam yang terlalu kecil bilangannya itu; walaupun mereka akan melawan serangan itu.

Ini akan mengakibatkan musnahnya umat Islam dan menyebabkan ia sukar untuk berkembang, sedangkan Islam itu sendiri adalah suatu panduan hidup untuk seluruh urnat manusia.

Demikianlah seterusnya...bersambung

Maulidurrasul..Biodata Rasulullah saw

BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)

· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

· Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di

dalamnya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.

· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid

§ Saudah Binti Zam ' ah

§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

§ Zainab Binti Jahsy

§ Maimunah Binti Harith

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN


SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al- ' Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. ' Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

wallahua'lam

Tuesday, July 27, 2010

Mama adik kena operate Apendik .....

Alahai...nak dijadikan cerita hari ahad si kecik x g skolah sbb demam plus sakit mata....so arini dia dah okay so bleh la g skolah....tp sampai2 je kat skolah pagi td kak T bg tau yg mama sikecik ni x datang skolah...so saya pun tanya kak T ...mama dia cuti ke....kak T cakap aah cuti ...semalam kena bedah Apendik sbb Apendik dah burst sket sbb baby tertendang perut mama ash....huhuhuhu terkejut sekejap....so td pujuk la si kecik ni cakap mama sakit x datang skolah mama ada kat hosiptal....so pujuk punya pujuk dia nak g degan Teacher Mas....nasib Teacher Mas ada ehehehe...kalau x mau dia nak g skolah hahaha...

Pukul 8 malam td sms mama adik tanya kabar macam mana sbb arini x sempat nak g jenguk kat hospital huhuhu...mama dia cakap alhamdulillah okay....tp sakit sesangat....mama dia pun tanya sikecik ni mcm mana...so cakap la dia asyik duk tanya mama mana...nape mama x datang skolah...so td saya bg tahu kat mama adik inysallah esok boleh bawa si kecik ni pi lawat mama dia hehehe...harap2 esok dia x nangis bila g skolah....

semoga mama adik ( kak siti ) cepat sembuh....sian kat baby kak siti si ( harith hakimi ) kena tinggal ngan nenek dia :(

Pusat Bumi adalah Mekah

Mekah pusat bumi dan ibadat

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".

Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yang pertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikan Adam selama 2,000 tahun sebelumnya.

Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan Kaabah Allah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan oleh Allah SWT.

Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam di syurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengan segala hikmah-Nya.
Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelah dikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allah berfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka ia pergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itu kemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselang lamanya.

Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya: "Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah. Maka pergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutan rimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah serta bertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata: "Wahai Adam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000 tahun yang lalu mengerjakan haji pada kaabah ini.

Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu: "Bagaimana bacaan pada waktu tawaf itu? Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagai berikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahu akbar.
Kemudian Nabi Adam bertawaflah di kaabah itu, serta membaca tasbih kepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali dan seterusnya semasa hidupnya itu.

Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan: "Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.

Kemudian setelah itu kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.

Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira', ketiga, bukit Uhud, keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.

Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magna dalam jumlah yang besar yang membentuk bukit..

Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainya dari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.

Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan".

Arah kiblat
Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu ia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing.

Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).

Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankan hasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mampan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan itu terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Mekah.

Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7).

Kata Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).

Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".

Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekad yang lalu oleh kalangan Barat.

Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jika waktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktu solat.

Arah lawan jam

Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar kaabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam.

Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.
Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.
Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.

Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.

Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.

wallahua'lam

Sunday, July 25, 2010

Hukum Menyambut Hari Valentine



Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari
yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk
mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya
hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan
maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai
harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari
Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk
mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan
cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak
ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat
berkaitan dengannya.

Hari Valentine sebenarnya ada kaitan sejarah dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernamaClaudius II.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi
penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang
tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan
St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduanbanduan
penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah
diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14
Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan
yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap
oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di
dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum
dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your
Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk
meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat
Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan
Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli
syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama
Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada
kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah
telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan
Aidilfitri.; - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.


Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah
dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam,
pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah,
Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman
kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari
budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari
Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w.
untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong
bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan
mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno
dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari
tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St.
Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama
Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia
sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan
golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa
dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi
hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka
bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak
diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain,
maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah
s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan). – al-Israa : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat
Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak
luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang
ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s
Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak
sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan
dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut
agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam
itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya
sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan
cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar
kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: "
Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan
segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di
antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine
adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan
merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur
Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu
amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar
kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan
sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan
fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

wallahua'lam

Wanita Ahli Syurga Part 2

Wanita Ahli Surga

Dari Abdurrahman bin Auf, berkata: Rasulullah saw bersabda: " Apabila
seorang wanita shalat lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga farjinya,
menaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: 'Masuklah ke dalam surga
dari pintu mana saja yang engkau kehendaki'." ( HR.Ahmad 1664 dengan sanad
hasan. Lihat Adab az-Zafaf oleh Syaikh al-Albani hal.286 )

Rasulullah saw bersabda, " Sebaik-baik wanita adalah yang bisa membuatmu
senang saat engkau pandang, menaatimu saat engkau perintahkan, dan menjaga
dirinya dan hartamu saat engkau tinggal ". ( HR. Thabrani dengan sanad
shahih, lihat Shahid al-Jami' 3299 )

Suatu ketika Rasulullah saw berjalan-jalan bersama Ummul Mu'minin Aisyah.
Lalu Aisyah mengatakan: " Cukuplah bagimu bahwa Shafiyah ( Yakni istri
Rasulullah saw yang lainnya ) itu begini dan begitu ( maksudnya bahwa dia
itu pendek )". Maka Rasulullah saw bersabda: "Engkau barusan mengucapkan
sebuah kalimat, seandainya dicelupkan ke lautan pasti akan berubah warnanya
". ( HR.Abu Dawud 4875, Tirmidzi 2502, Ahmad 6/128. Shahih, lihat al-Misykah
4853 )

Perhatikanlah ucapan ghibah yang tidak seberapa ini yang dikatakan oleh
Aisyah - wanita yang paling dicintai oleh Rasulullah saw - namun beliau
tetap mengatakan sebagaimana hadits di atas. Lalu bagaimana kalau seandainya
yang melakukan hal ini adalah seorang istri untuk membongkar aib suaminya
sendiri.

Kalau seandainya engkau membongkar aib suamimu untuk mencari sebuah solusi
dengan cara menyampaikannya kepada seseorang yang diperkirakan dapat
membantunya menasehati si suami, atau menahan kedzalimannya kalau memang dia
suami yang dzalim, maka itu adalah sesuatu yang sangat baik sebagaimana
pernah dilakukan oleh Hindun binti Utbah, Dari Aisyah bahwasannya Hindun
binti Utbah berkata: " Wahai Rasulullah,sesungguhnya Abu Sufyan adalah
seorang yang sangat kikir, dia tidak memberikan kepadaku nafkah yang cukup
bagiku dan bagi anakku kecuali kalau saya mengambilnya tanpa sepengetahuan
dirinya". Maka Rasulullah saw bersabda: " Ambillah yang cukup untukmu dan
anakmu dengan cara yang baik ". ( HR. Bukhari 5346, Muslim 1714)

Allah SWT menggambarkan bahwa orang yang mengghibah orang lain adalah
seperti memakan mayatnya. Perhatikanlah firman Allah , " Wahai orang-orang
yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebagian
prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.
Dan janganlah sebagiam diantara kamu menggunjing sebagian yang lain, sukakah
salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka
tentunya kamu merasa jijik dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. ( QS. Al
Hujarat(49):12 )

Rasulullah saw bersabda: " Hak kalian ( para suami ) atas para istri adalah
tidak mengizinkan masuk rumah kalian orang-orang yang kalian benci ". (
potongan khutbah haji wada' Rasulullah saw yang panjang, HR. Muslim 1218 )

Perhatikanlah riwayat hadits berikut: Dari Asma binti Yazid berkata: Banyak
laki-laki dan wanita yang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. Lalu
Rasulullah saw bersabda:" Barangkali ada seorang laki-laki yang menceritakan
sesuatu yang dia lakukan dengan istrinya, begitu juga istri barangkali ada
yang menceritakan apa yang dia lakukan dengan suaminya". Saya berkata: "
Wahai Rasulullah, demi Allah, baik suami maupun istri banyak yang
melakukannya". Maka Rasulullah saw bersabda: " Janganlah kalian lakukan.
Permisalan orang semacam itu adalah seperti setan lelaki yang bertemu dengan
setan wanita di jalan lalu berhubungan badan padahal orang-orang
melihatnya". ( HR.Ahmad 16/223 dengan sanad shahih, lihat Adab az-Zafaf
hal.72 )

Dari Tsauban berkata: Rasulullah saw bersabda: " Wanita manapun yang minta
cerai kepada suaminya tanpa sebab, maka haram baginya mencium bau surga". (
HR. Tirmidzi 1199, Abu Dawud 2209 dengan sanad shahih, lihat al-Irwa' 2035 )

Rasulullah saw juga bersabda: " Wanita yang mengajukan khulu' ( menggugat
cerai ) adalah para wanita munafik ". ( HR. Tirmidzi 1198, lihat
ash-Shahihah 632 )

Dari Anas bin Malik berkata: Para keluarga dari kalangan sahabat Anshar
mempunyai unta untuk mengairi sawah mereka, namun ada seekor unta yang tidak
mau ditunggangi. Lalu mereka datang kepada Rasulullah saw seraya berkata: "
Kami mempunyai unta untuk mengairi sawah namun sekarang tidak mau
ditunggangi padahal tanaman sudah waktunya diairi". Maka Rasulullah saw
bersabda kepada para sahabatnya: " Bangunlah ". Akhirnya merekapun bangun
lalu beliau masuk kebun, dan saat itu unta tersebut sedang berada di pojok
kebun. Lalu Nabi saw pun berjalan mendekatinya. Para sahabat Anshar berkata:
" Wahai Rasulullah, unta itu sekarang sudah mirip dengan anjing gila. Kami
takut anda diserang olehnya". Maka Rasulullah saw bersabda: " Dia tidak akan
membahayakanku". Dan tatkala unta tersebut melihat kedatangan Rasulullah saw
, maka dia pun segera berjalan menuju Rasulullah saw bersujud di hadapan
beliau. Maka Rasulullah saw memegang ubun-ubunya dan unta itupun menjadi
sangat jinak untuk bisa digunakan bekerja. Melihat kejadian itu, para
sahabat berkata: " Wahai Rasulullah, kalau binatang yang tidak berakal saja
bersujud kepadamu, maka kami yang berakal ini lebih pantas untuk bersujud
kepadamu?" Maka Rasulullah saw bersabda: " Tidak layak bagi seseorang
bersujud kepada manusia lainnya. Seandainya ada manusia yang layak untuk
bersujud kepada lainnya, niscaya saya akan memerintahkan wanita bersujud
kepada suaminya karena hak suaminya sangat besar. Demi Dzat yang jiwaku
berada ditangan-Nya, seandainya seluruh badan si suami itu dari ujung rambut
sampai ujung kaki terdapat luka bernanah, lalu si istri itu mendatanginya
dan menjilatinya maka ini belum bisa menunaikan hak suaminya". ( HR. Ahmad
12203 dengan sanad shahih , lihat Shahih al-Jami' 3148 ).