Follow Me Okay :)

Friday, August 20, 2010

Jihad Di Jalan ALLAH S.W.T Part 2....

...Adapun di Madinah - zaman permulaan hijrah - maka sesungguhnya perjanjian yang dimetraikan oleh Rasulullah saw dengan orang Yahudi dan kaum musyrik Madinah dan kawasan-kawasan sekitarnya (terkenal dalam sejarah Islam sebagai PIAGAM MADINAH, sebagai tanda terbentangnya sebuah negara moden di Madinah, (negara yang memenuhi syarat-syarat bernegara mengikut istilah ilmu kenegaraan di zaman moden inn-p), adalah merupakan suatu hal yang sangat kena dan sesuai dengan keadaan dan masa.

Pertama:
Kerana perjanjian itu menjamin kebebasan berdakwah, tidak dihalangi oleh sebarang kuasa politik, sebab mengikut perjanjian itu, semua orang mengiktiraf pemerintahan Islam yang baru muncul di bawah pimpinan Rasulullah saw. Perjanjian itu ada menyebutkan bahawa setiap orang dan setiap golongan tidak boleh membuat sebarang perjanjian damai dan tidak boleh pula mengisytiharkan perang, juga mengadakan sebarang hubungan luar, melainkan terlebih dahulu mesti mendapat persetujuan Rasulullah saw. Ini jelas menunjukkan bahawa pimpinan dan kekuasaan di Madinah sebenarnya terletak di dalam tangan orang Islam dan kesempatan berdakwah adalah terbuka lebar, juga kebebasan asasi umat manusia mengenai masalah ini (akidah), adalah terjamin sepenuhnya.

Kedua:

Di peringkat inn Rasulullah saw bermaksud mencari penyelesaian dengan kaum Quraisy yang terus menerus menentangnya, dan juga merupakan penghalang utama bagi kaum lain masuk menganut Islam. Rasulullah saw juga ingin melihat penyelesaian di antara golongan Ouraisy yang kontra dengan golongan yang pro Islam. Yang demikian beliau telah mengambil tindakan segera mengirim pasukan petroli (saraya jama' sariyyah), rnembawa panji-panji Islam. Petroli pertama yang dikirimnya ialah yang dipimpin oleh Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib (bapa saudara kandung Rasulullah sendiri) di dalam bulan puasa menjelang bulan ketujuh hijrah.

Pengiriman petroli atau sariyah itu dilakukan pula menjelang bulan kesembilan hijrah, diikuti pula oleh pengiriman di dalam bulan ketiga belas dan keenam belas hijrah. Kemudian dikirim pulalah petroli di bawah pimpinan Sayidina Abdullah bin Jahsy di awal Rajab bulan ketujuh belas hijrah. Ini sariyah pertama yang mengalami pertempuran sengit.

Pertempuran ini terjadi di dalam bulan haram (bulan suci yang dilarang berperang di dalamnya). Pertempuran inilah menjadi punca dan sebab turunnya ayat Firman Ilahi:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hokum berperang di dalam bulan yang dihormati, Katakanlah: "Berperang di dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) dari jalan Allah, kafir kepada Allah (menghalang orang Islam masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada berbunuhan (semasa perang dalam bulan haram). Mereka tidak berhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka [dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup (berbuat demikian) Al Baqarah: 217.

Kemudian peperangan Besar Badar (Badrul-Kubra) berlaku pada bulan Ramadan tahun itu juga dan peperangan itulah yang menjadi sebab turunnya Surah AI-Anfaal.

Kalaulah suatu sikap itu hendak diambil berdasarkan latar belakang kejadian peperangan ini, maka sama sekali tidak akan berbangkit langsung alasan "mempertahankan diri" mengikut definasinya yang sangat sempit itu, untuk dijadikan asas bagi gerakan jihad Islam; seperti yang selalu dikatakan oleh orang-orang yang bengkrap fikirannya menghadapi realiti yang berlaku dan menghadapi putar belit kaum orientalis.

Orang-orang yang sengaja mencari-cari alasan menjalankan gerakan Islam dalam bentuk "mempertahankan diri" sahaja sebenarnya telah beroleh ilham dan inspirasi dari terlalu hebatnya serangan kaum orientalis, pada ketika orang Islam sedang kehilangan kekuasaan seperti sekarang ini, dan malah ketika orang-orang Islam sedang kehilangan "Islam" itu sendiri, kecuali orang-orang yang masih dipelihara Allah iman dan semangatnya, yang mahu terus melaksanakan pengistiharan umum Islam mengenai kebebasan umat MANUSIA di atas BUMI ini dari sebarang kekuasaan yang lain dari kekuasaan Allah SWT, supaya kekuasaan itu menjadi kepunyaan Allah SWT seluruhnya, lalu mereka berusaha dan berjuang terus meniupkan nafiri jihad dengan menonjolkan nama dan lambang Islam dengan tujuan untuk memenangkan Islam sahaja.

Gerakan dakwah Islam tidak memerlukan sebarang pedoman dan fakta sandaran yang lebih tepat daripada panduan wahyu Ilahi ini:

"Oleh kerana itu, maka hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat (iaitu orang mukmin yang mengutamakan kebahagiaan hidup akhirat atas hidup dunia ini) berperang di jalan Allah. (kerana) Barang siapa yang berperang di jalan Allah lalu terbunuh (syahid) atau beroleh kemenangan, maka kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang besar. Dan mengapakah kamu tidak mahu berperang dl jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita dan anak-anak yang selalu berdoa dengan berkata "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, " orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula berperang di jalan taghut (syaitan) sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. An Nisaa': 74-76.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: ' jika mereka berhenti (dari kekafirannya) Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka yang sudah lalu. Dan jika mereka kembali lagi (kembali menjadi kafir semula dan memerangi Nabi maka sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah terhadap) orang-orang dahulu. "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (gangguan terhadap dari agama Islam) dan supaya agama itu bagi Allah semata-mata (supaya orang Islam bebas melaksanakan ajaran agamanya). Jika mereka berhenti (dari kekafiran dan gangguan) maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti menceroboh) ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung mu dan sebaik-baik penolong. AI Anfaal: 38-40.

Dan firman Allah:

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari akhirat dan mereka tidak mengharam apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), yaitu orang-orang(Yahudi dan Kristian) yang diberikan AI-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendahkan diri. Dan berkata orang-orang Yahudi: "Uzair itu putera Allah" dan orang Nasrani berkata: "AI Masih itu putera Allah." Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu, dilaknat Allah lah mereka. Bagaimana mereka dapat berpaling (dari kebenaran)? Mereka jadikan pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) AI-Masih putera Maryam, pada hal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan selain Dia. Dia Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. At Taubah: 29-31.

Inilah dia fakta-fakta sandaran yang mengesahkan ketuhanan Allah di "bumi" ini, dan melaksanakan panduan Nya di dunia ini, beserta menghalau syaitan serta panduan-panduan syaitan, juga menghancurkan kuasa manusia yang menindas dan menekan sesama urnat manusia sedangkan semua manusia itu adalah hamba Allah Yang Maha Berkuasa tidak boleh dikuasai dan dijadikan abdi oleh sesiapa pun dari kalangan sesama hamba Allah dengan menggunakan kuasa diri mereka sendiri dan dengan undang-undang yang bersumberkan haws nafsu dan pendapat mereka sendiri dan ini pun mencukupi, di samping mengesahkan dasar "tiada paksaan dalam beragama," iaitu tiada paksaan untuk menganut agama Islam dan sebarang akidah, setelah seluruh umat manusia lepas bebas dari pengabdian oleh sesama manusia dan setelah diakui tegaknya suatu dasar bahawa kekuasaan seluruhnya adalah kepunyaan Allah sahaja.

la menjadi fakta sandaran bagi kebebasan umum umat manusia di seluruh dunia, dalam bentuk menarik manusia itu keluar dari kancah pengabdian oleh sesama manusia kepada pengabdian dan kepatuhan kepada Allah SWT; tiada siapa pun yang bersekutu dengan-Nya sedikit pun. Fakta sandaran inilah yang telah bersarang di dalam hati para pejuang Islam. Bila mereka ditanya mengenai apakah motif yang mendorong mereka berjuang, mereka tidak akan pernah menjawab:

"kami berjuang untuk mempertahankan negeri kami yang sedang terancam,"

atau:

"kami berperang untuk menyekat kemaraan musuh dari Parsi dan Romawi yang menceroboh kedaulatan negara kami,"

atau

"kami berjuang untuk memperluas kawasan negara kami dan mengumpul harta rampasan;"

tetapi mereka akan terus menjawab seperti jawapan Sayidina Rab'a bin 'Amir, Huzaifah bin Muhsan dan AI Mughirah bin Syu'bah, kepada Rustam Panglima Angkatan Perang Parsi di Medan Perang Qadisyiah yang telah bertanya kepada mereka seorang demi seorang dalam tempoh tiga hari berturut-turut sebelum berlakunya pertempuran hebat antara tentera Parsi yang cukup lengkap dengan persenjataan, dengan tentera Islam yang kecil jumlah dan sedikit sekali persenjataannya. Rustam bertanya kepada mereka:

"Apakah yang mendorong kamu ke mari untuk berperang dengan kami?"

Jawapan mereka adalah bersamaan antara satu dengan yang lain, Walk berubah dan tidak berbeza. Jawapan rnereka berbunyi begun.

"Bahawa Allah telah mengutus kami untuk mengajak dan menyeru tuan-tuan dan semua orang yang menumpahkan taat setianya kepada sesama manusia untuk bersama-sama dengan kami menyembah dan menumpah pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa, dan menarik mereka keluar daripada kesempitan hidup dunia kepada medan hidup yang lebih selesa di dunia dan akhirat, dari keganasan dan kekejaman agama-agarna kepada keadilan Islam lalu diutus-Nya utusan-Nya kepada seluruh umat manusia.

“Sesiapa sahaja menerima Islam maka kami sambut mereka dan kami akan meninggalkan negeri mereka, kami tinggalkan mereka terus berkuasa di negeri mereka sendiri. Sebaliknya sesiapa sahaja yang angkuh dan enggan menerima Islam maka kami akan memerangi mereka sehingga kami mendapat kurnia syurga Allah atau kami beroleh kemenangan."

Sebenarnya ada tenaga pendorong di dalam tabiat agama ini di dalam pengistiharan umum dan juga di dalam programnya yang berpijak di dalam realiti untuk umat manusia, yang sesuai dengan bentuk hidup umat manusia yang berbagai bentuk dan caranya. Tenaga pendorong utama itu sentiasa hidup tegak, walaupun tiada sebarang bentuk permusuhan atas negeri Islam dan juga terhadap kedaulatan orang-orang Islam di dalam negeri itu, kerana ia adalah tenaga pendorong yang sejati dan asli di dalam program dan realitinya, bukan sekadar berpunca dari maksud mempertahankan diri sahaja, yang sangat sementara bentuknya.

Seorang muslim itu cukup untuk keluar berjuang mempertaruh jiwa raga dan harta bendanya di "jalan Allah" sahaja, di jalan dasar dan nilai Allah sahaja, tiada sebarang keuntungan benda bagi diri dan golongannya, tiada pula sebarang impian kebendaan yang mendorongnya.

Sebelum setiap orang muslim keluar berjuang dan berperang di medan jihad, dia pada hakikatnya telah pun berhasil mengharungi medan jihad yang amat besar di dalam dirinya sendiri, melawan godaan syaitan di dalam hatinya, menentang nafsu dan syahwah keinginan yang beraneka bentuk, menentang rasa haluba dan tamak, menentang rasa cinta diri, cinta kaum kerabat dan anak bangsa sendiri, dan malah menentang sebarang logo yang bukan logo Islam, menentang sebarang dorongan untuk menyembah dan mematuhi sebarang kuasa yang lain daripada Allah dan sebarang halangan dari terlaksananya kekuasaan dan pemerintah Allah di muka bumi ini serta mencabar kekuasaan "TAGHUT" dan syaitan-syaitan ganas yang menyamun kekuasaan Allah.

Orang-orang yang sengaja mencari-cari jalan untuk mendapatkan sebarang fakta sandaran ke arah perjuangan dan jihad Islam dengan tujuan mempertahankan "Negara Islam" sahaja, orang yang seperti itu adalah orang yang suka merendahkan dasar dan program agama dan memandangnya lebih murah nilainya daripada "negeri." Ini bukan konsep Islam yang sebenar, malah ia merupakan suatu teori dan pendapat yang sumbang dan "songsang" sama sekali dari selera Islam; sebab akidah dan program yang mengatur perjalanannya dan masyarakat yang hendak dikuasai oleh akidah dan program itu adalah suatu simpulan kata yang sama dan satu sahaja di dalarn selera Islam.

Adapun "tanah" dan "burni" sahaja maka tiada apa nilai dan harga pun, kerana setiap nilai dan harga bagi "tanah" dan "bumi" dalam pandangan Islam adalah berpunca daripada berkuasanya program dan ajaran Allah di atas "tanah dan "bumi" itu, kerana itulah maka "bumi" itu rnenjadi tapak semaian akidah dan juga program itu di dalam bentuk "Negeri Islam," dan juga merupakan titik permulaan bagi perjalanan ke arah kebebasan umat manusia.

Memang benar bahawa menjaga "Negeri Islam" itu bererti menjaga akidah, program dan masyarakat yang di dalamnya lah akidah dan program itu berkuasa dan berdaulat. Tapi mesti diingat, ini bukanlah tujuan terakhir. Bukanlah tugas menjaga keselamatan menjadi matlamat terakhir bagi gerakan jihad Islam, kerana mengawal keselamatannya adalah merupakan satu jalan sahaja bagi tegak dan terlaksananya perintah Allah di dalamnya, juga dijadikan garis permulaan bertolak, sebab umat manusia adalah merupakan alat dan bahan bagi gerakan agama ini manakala bumi dan tanah pula merupakan tempat ia berpijak dan bercambah.

Kita telah mengatakan bahawa perjalanan membawa dan memikul ajaran agama ini akan disekat oleh berbagai bentuk halangan, baik yang berbentuk kekuasaan negara, sistem sosial dan politik dan juga berbentuk realiti yang menguasai keadaan, sedangkan semuanya adalah bahan-bahan yang hendak dihancurkan oleh Islam dengan menggunakan kekuatan supaya seluruh umat manusia dapat hidup bebas berhadapan dengannya, bebas bercakap dan mengetuk pintu hati dan fikirannya, setelah seluruh umat manusia itu dibebaskan dari belenggu, dan setelah mereka beroleh sepenuh kebebasan.

Kita mestinya tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat kaum orientalis terhadap dasar "jihad" dan kita sekali-kali jangan rela menanggung beban yang ditimbulkan oleh realiti di dalam kekalutan dunia zaman sekarang: lalu kita cuba pula mencari-cari motif lain untuk jihad Islam di luar tabiat asal agama ini sendiri, supaya dapat bertahan untuk sementara, sebab "jihad" akan terus juga berjalan, dengan disertai atau tanpa motif itu.

Di samping itu kita membongkar realiti sejarah, kita tidak boleh lupa pokok dan inti tabiat agama ini, dan jangan sekali-kali kita cuba mencampur-adukkan inti itu dengan realiti yang berbentuk pertahanan yang bersifat sementara itu.

Memang benarlah agama ini mesti mempertahankan diri dari setiap serangan yang datang, kerana justeru wujudnya dalam bentuk pengistiharan umum ketuhanan Allah, Tuhan Seru sekalian alam dan pengistiharan kebebasan umat manusia daripada pengabdian diri kepada sesama umat manusia, dan penjelmaan wujudnya dalam organisasi yang aktif di bawah satu pengarah baru yang bukan pengarah jahiliyah, serta lahirnya sebuah masyarakat bebas yang berlainan bentuknya daripada yang telah sedia ada, yang tidak mengiktiraf kekuasaan sesama umat manusia, kerana kekuasaan yang sebenarnya adalah kepunyaan Allah SWT sahaja.

Ya, memanglah wujudnya agama ini dalam bentuk yang disebutkan tadi dengan sendirinya mengancam masyarakat jahiliyah yang ada di sekitarnya, yang ditegakkan atas dasar pengabdian oleh manusia atas sesama umat manusia. dengan sendirinya pula masyarakat jahiliyah itu akan berusaha menyepak dan menerajangnya dengan tujuan untuk memusnah dan membunuhnya sama sekali, bagi mempertahankan hidup masyarakat jahiliyah itu dan dengan demikian maka masyarakat yang baru muncul itu terpaksa mempertahankan dirinya.

Inilah kesulitan dan keserabutan yang tak dapat dielakkan, sebab ia sama jadi dan sama lahirnya dengan Islam sendiri. Inilah pertarungan yang mesti dihadapi oleh Islam, dan sama sekali tidak dapat ia mengelakkan diri darinya. Inilah peraturan semula jadi yang tak dapat dihindarkan.

Ini semuanya adalah fakta dan kebenaran mengikut pandangan inilah Islam mesti mempertahankan hidup dan wujudnya, dan mesti ia sanggup mengharungi medan perjuangan mempertahankan dirinya. Hal ini pasti dan tidak dapat dielakkan.

Ada satu lagi hakikat yang lebih penting daripada yang telah disebutkan tadi, iaitu telah menjadi sifat semula jadi Islam bahawa ia sentiasa bergerak terus menerus tanpa mempedulikan halangan dan rintangan, untuk menyelamatkan "manusia" di dalam "bumi" daripada terpaksa mengab
=================================== Ada satu lagi hakikat yang lebih penting daripada yang telah disebutkan tadi, iaitu telah menjadi sifat semula jadi Islam bahawa ia sentiasa bergerak terus menerus tanpa mempedulikan halangan dan rintangan, untuk menyelamatkan "manusia" di dalam "bumi" daripada terpaksa mengabdikan dirinya kepada yang lain daripada Allah.

Hal ini tidak terhad dalam lingkungan geografi sahaja, tidak juga terlingkung dalam sempadan golongan dan kaum sahaja, dengan membiarkan "manusia", semua jenis urnat manusia di atas bumi ini seluruh "Pelusuk bumi" merengkok di bawah kuasa kejahatan, kemusnahan dan pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah.

Sesungguhnya kuasa-kuasa yang menentang Islam itu telah pernah membuat keputusan untuk tidak lagi menyerang Islam, seandainya Islam sanggup membiarkan mereka meneruskan sikap dan dasar pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah, dalam lingkungan mereka sendiri, dan dalam batas negeri mereka sendiri. Kalaulah Islam sanggup membiarkan mereka menjalankan peranan mereka dengan cara tidak mendakwah Islam dan menyebarkan pengistiharan umumnya itu.

Tetapi Islam tidak pernah mahu bertolak ansur dengan mereka, kecuali setelah mereka mengaku akan tunduk dan patuh di bawah kekuasaan Islam dalam bentuk membayar jizyah, sebagai jaminan bagi terbukanya pintu dakwah Islam tanpa diganggu-gugat oleh apa jua kekuasaan pun di dalam negeri....

No comments: